Saturday, June 26, 2010

Malam Pertama di Syurga(Siri 3)

INDAHNYA SYURGA

Petikan dari hadis riwayat Bukhari:

"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya .Di atas Firdaus terdapat 'Arsy Allah,dan disitu mengalirnya sungai-sungai syurga."

Sebelum ni kita hanya tahu tentang keindahan syurga yang terdapatnya bidadari-bidadari yang akan menemani insan yang beriman..tp dalam ini ia diperjelaskan dengan lebih terperinci keindahan syurga seperti yang terdapat dan tertulis dalam Al-Quran.

i:Sungai-sungai Di Syurga.
Didalam syurga terdapatnya sungai-sungai yang tidak berubah rasanya,iaitu sungai madu,khamar yang tidak memabukkan ,susu dan air jernih.

ii.Mahligai dan Istana Syurga
Di syurga juga terdapat mahligai dan istana syurga yang diperbuat daripada emas dan mutiara yang disediakan kepada orang-orang yang beriman.

iii.Bangunan Syurga
Bangunan di syurga diperbuat daripada batu bata emas dan perak,adukannya sewangi kesturi yang sangat harum,batunya diperbuat dari mutiara lu'lu dan yaquth dan tanahnya diperbuat dari zafaran,seperti tepung putih yang berbau kesturi manakala bangunannya berbentuk kubah yang diperbuat dari mutiara.
Rasulullah menjanjikan barang sesiapa yang solat sunat 12 rakaat sehari semalam,maka ALLAH akan membangunkan sebuah rumah untuknya disyurga.



No comments:

Post a Comment