Wednesday, September 9, 2009

HIKMAH PUASA RAMADHAN

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185)

~SENYUM SEINDAH SURIA~

Salam bicara,
kali ni aku menerima dedication song dari seseorang, klo dulu lgu yang lebih meluah kan perasaan terhadap aku tp kali ini lgu yang mengajak aku sentiasa bersenyum,klo dulu senyuman aku telah disentap seseorang tp kini telah kembali kerana seseorang yang bergelar kawan yang sentiasa menghibur kan membuat aku senyum tika bersamanya...
terima kasih sahabat karib ku...

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan..

marilah kita same2 senyum.....
setiap insan mempunyai senyuman yang manis,
dari senyuman api yang marak dapat dipadamkan....

Jerebu dan Klinik...



aduh aku setiap sem msti g klinik unimas...demam la ,batukla,sakit perutla
ape2 jela aku ni....
esok aku nk g klinik buat kali ke 2 dalam masa 2 bulan,mencatat rekod sepanjang
aku kat unimas ni
dari klinik kt timur sampai ke barat akulah peminat setia doktor2 kt klinik 2 hahahaaha....
bulan lepas sebelum jmpe dokter dah kne pakai topeng....
bukan sebab suspek H1N1 tp sbb jerebu yang teruk sangaat sampai sesak naafas ak ni...
samapai ke exam ak pakai topeng ni...dah lec ngat ak ni suspect H1n1 siap mendokan aku cepat baik time aamk kedatangan, terharu pun da gak hehehehe...

tp sok special ckit aku g kilinik ditemani seseorang...
2pun sebab dah kena bebel ngan die bru aku nk g klinik...
aku bukan tkot tp malas nk susuhkan dokter2 2 hehehe
xpasal2 aku kne bangun pg sok..slalu ari rbu bangun leawt sbb xda clas r katekan ...
tp sbb da da yang nk meneman pg jela kn....

tp yang istimewanya aku g klinik kali ni atas sebab yang same sebab jerebu...
makin terok jerebu kt cni...harap2 xjumpe la dokter yang aku jumpe bulan lepas
dah la xpaham bahasa melayu susah ak nk berkomunikasi ngan die.,..

jangan kena pakai topeng lagi dah la..rimas tuuu...



Monday, September 7, 2009

kawan oh kawan...

Kawan?

Setiap individu ada makna sendiri tentang prinsip kawan…..

Bagi diriku..aku mempunyai tahap-tahap dalam berkawan…

Ramai yang tertanya-tanya akan tahap-tahap berkawan yang aku wujudkan…

Mengapa aku wujudkan tahap-tahap ini??

Jawapannya kerana aku tidak mahu tersilap mencari kawan yang dapat berkongsi masalah dengan aku,manusia tidak terlepas dari masalah dan aku juga sama seperti insan-insan yang lain didunia ini..

Tetapi tiada antara tahap-tahap yang aku wujudkan ini tidak terdapat banyak perbezaan pun cuma dari segi keakraban je yang membezakan setiap tahap berkawan ini..

1.Kenalan

2.Kawan

3.Sahabat

4.Sahabat karib

5.Kekasih

6.Yang teristimewa(isteri)

Walaupun dari tahap ini lebih banyak menjurus kepada kaum hawa tetapiia boleh juga diadaptasikan terhadap kaum adam kecuali tahap kelima dan keenam.

Aku mewujudkan tahap-tahap ini kerana aku mempunyai kawan perempuan yang rapat berbanding kawan lelaki,dan ada juga yang mengatakan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat tapi kenapa????? Takot terlalu ramai kekasih???tidak mungkin lah..hati dan perasaan tidak boleh dipermainkan… macam cakap kawan aku memilih yang terbaik dari yang terbaik…mungkin ramai yang terbaik untuk diriku tapi siapa yang terbaik antara mereka? Aku pun xtau…mungkin terlalu awal aku memikirkan semua ini sedangkan kerja pun xada lagi……bak kata orang tua-tau sediakan paying sebelum hujan….macam poyo la plak ayat ni kan….

Friday, September 4, 2009

Bila Rasaku ini Rasamu

seseorang telah menujukan lagu ni pd aku,
ia membuatkan aku terkedu akan makna sebenarnya...
selama ini aku hanya mengangap die sbg seorang kawan karib dan boleh berkongsi masalah tp aku tersilap kerana membuatkan nya berperasaan seperti ini.....
salah aku ke kerana terlalu baik dan rapat dengan wanita???

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi


Aku memang terlanjur mencintaimu