Saturday, June 26, 2010

Malam Pertama di Syurga(Siri 3)

INDAHNYA SYURGA

Petikan dari hadis riwayat Bukhari:

"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya .Di atas Firdaus terdapat 'Arsy Allah,dan disitu mengalirnya sungai-sungai syurga."

Sebelum ni kita hanya tahu tentang keindahan syurga yang terdapatnya bidadari-bidadari yang akan menemani insan yang beriman..tp dalam ini ia diperjelaskan dengan lebih terperinci keindahan syurga seperti yang terdapat dan tertulis dalam Al-Quran.

i:Sungai-sungai Di Syurga.
Didalam syurga terdapatnya sungai-sungai yang tidak berubah rasanya,iaitu sungai madu,khamar yang tidak memabukkan ,susu dan air jernih.

ii.Mahligai dan Istana Syurga
Di syurga juga terdapat mahligai dan istana syurga yang diperbuat daripada emas dan mutiara yang disediakan kepada orang-orang yang beriman.

iii.Bangunan Syurga
Bangunan di syurga diperbuat daripada batu bata emas dan perak,adukannya sewangi kesturi yang sangat harum,batunya diperbuat dari mutiara lu'lu dan yaquth dan tanahnya diperbuat dari zafaran,seperti tepung putih yang berbau kesturi manakala bangunannya berbentuk kubah yang diperbuat dari mutiara.
Rasulullah menjanjikan barang sesiapa yang solat sunat 12 rakaat sehari semalam,maka ALLAH akan membangunkan sebuah rumah untuknya disyurga.



Malam Pertama di Syurga(Siri 2)

SYURGA MENURUT BERBAGAI AGAMA

Kali ni aku nak berkongsi tentang syurga yang aku dapat melalui pembacaan buku 'MALAM PERTAMA DI SYURGA"

Syurga @ Heaven @ Jannah semuanya merujuk kepada satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.Secara am nya syurga merupakan tempat yang indah yang diberikan kepada golongan yang beriman.

Syurga menurut Islam tempat anugerah kepada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah ALLAH dan mereka diletakan di kebun yang luas dimana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.
"dan barang siapa taat kepada ALLAH dan RasulNYA,niscaya ALLAH memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."

(An-Nisa':13)

Sunday, June 20, 2010

Malam Pertama di Syurga(Siri 1)

Salam....
3 minggu lepas ak jumpe satu buku agama ni..
kt surau tajuknya"malam pertama di syurga"
menarik buku ni...menambahkan ilmu pengetahuan ak ttg agama dan bayangan syurga seperti yang dijanjikn ALLAH pada umat yang mentaatinya..
terlalu indah sehingga xmampu tercapai oleh akal..

Terdapat dua kampung halaman di akhirat nanti iaitu SYURGA dan NERAKA...
pilihan sumenye terletak pada tangan dan iman kita..kg halaman mana yg kita hndak tuju...
sengsara atau bahagia..

"KEHIDUPAN INI SAMA SEPERTI ASAP YANG SEBENTAR SAHAJA KELIHATAN LALU LENYAP.
SESUNGGUHNYA MANUSIA SEPERTI NAFAS SAHAJA DAN SEMUANYA SIA-SIA ."

mukadimah yang menarik untuk para pembaca yang masih belajar tentang ilmu keimanan
dan mendalami islam ni.