Saturday, June 26, 2010

Malam Pertama di Syurga(Siri 2)

SYURGA MENURUT BERBAGAI AGAMA

Kali ni aku nak berkongsi tentang syurga yang aku dapat melalui pembacaan buku 'MALAM PERTAMA DI SYURGA"

Syurga @ Heaven @ Jannah semuanya merujuk kepada satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.Secara am nya syurga merupakan tempat yang indah yang diberikan kepada golongan yang beriman.

Syurga menurut Islam tempat anugerah kepada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah ALLAH dan mereka diletakan di kebun yang luas dimana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.
"dan barang siapa taat kepada ALLAH dan RasulNYA,niscaya ALLAH memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."

(An-Nisa':13)

No comments:

Post a Comment