Saturday, December 27, 2008

Misteri Bako

20 MAC 2008

Bermulanya xpdc ke Teluk Limau di Taman Negara Bako. Seramai 33 orang mengikuti perkhemahan kali ini. Pada mulanya mengikut perancangan kami semua akan berjalan kaki sejauh 13 kilometer tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kami dinasihatkan oleh pihak pengurusan supaya menaiki bot untuk ke teluk limau. Setibanya disana kami hanya duduk berborak dan bersantai sahaja kerana mengikut perancangan kami sepatutunya tiba di tapak perkhemahan pada waktu malam. Setelah selesai mendirikan khemah kami melakukan kerja amal dengan membersihkan kawasan sekitar.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib dan isya’ secara bejemaah kami melakukan akiviti seperti yang telah dirancang dan kami semua bergembira pada malam tersebut.

21 MAC 2008

Setelah bersiap dan bersarapan pada jam 10 pagi,kami semua memulakaan aktiviti yang telah dirancang iaitu ‘jungle tracking’ menuju ke tajul dimana disitu terdapat air terjun yang menarik. Perjalanan dijangka sejauh 8 kilometer. Tanpa kami sangka perkara yang tidak diingini iaitu terdapat peserta yang sakit dan lelah,untuk keselamatan pengarah projek membawa mereka pulang ke khemah manakala peserta lain meneruskan perjalanan. Setibanya di puncak bukit yang pertama ketua kami membuat panggilan ke pihak pengurusan taman Negara untuk menyewa sebuah bot. selain itu kami juga diberitahu bahawa kami tidak sepatutnya melakukan penjalanan ke tajul kerana terlalu jauh dan bertolak agak lewat. Oleh sebab itu kami membuat keputusan untuk berpatah balik.

Pada sebelah malamnya pula kami melakukan pelbagai aktiviti dihadapan ungun api yang besar. Kami semua bersuka ria sehingga awal pagi.

22 MAC 2008

Setelah selesai mengemas tapak perkhemahan dan menunaikan solat subuh berjemaah kami menjamah sedikit makanan sebelum meneruskan penjelajahan.Tepat jam 6 pagi kami memulakan penjelajahan Taman Negara Bako,perjalanan yang memakan masa sehari suntuk ini sejauh 13 kilometer dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang peserta. Terdapat sedikit masalah apabila 2 peserta tidak dapat meneruskan perjalanan dan diminta menaiki bot bersama seorang ajk. Perjalanan ini diketuai oleh Presiden XPDC sesi 0708. baru suku perjalanan terdapat beberapa siswa sudah kepenatan dan tidak berdaya,akhirnya saya dan seorang lagi ajk terpaksa menjaga seorang peserta manakala yang lain meneruskan perjalanan.

Walau bagaimanapun bukan kami sahaja tertinggal rupa-rupanya kumpulan besar dihadapan telah tepecah kepada tiga bahagian. Pada kilometer 8.0 siswi yang kami Bantu telah tidak berdaya untuk berjalan suasana menjadi panik apabila secara tidak semenanya peljar itu diam dan walkie talkie kami tidak berfungsi.kami bernaib baik kerana talian telefon boleh digunakan . kami meminta bantuan HQ untuk hantar bot di telik lakei.

Setelah kami keluar kami dikejutkan apabila llaluan yang kami lalu untuk keluar sebenarnya tidak wujud dan tidak ada dalam peta.walhal kami berjalan atas trek dengan berpandukan pertunjuk pada pokok..laluan apakah yang kami lalui? Masih menjadi tanda tanya pada diriku..

No comments:

Post a Comment